Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

15/11/2010 15:51

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

  • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
  • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
  • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
  • Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
  • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
  • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
  • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
  • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

—————

Back


Contact

Bahasa Melayu Prasekolah


Blog

Seronoknya buat website

13/10/2010 19:15
kami seronok dapat berkongsi maklumat dengan semua. semua ni hasil kerjasama semua. terima kasih semua.

—————


Events Calendar

Berkongsi website dengan guru prasekolah

13/10/2010 09:00
pembentangan tentang website yang sesuai dan dapat menjadi panduan kepada guru prasekolah

—————